SFC United Puas Hati
- Mikail Pato
- Feb 22, 2016
- 2 min read
SFC United terpaksa berpuas hati dengan seri 4-4 menentang pasukan Infinity FC. Pasukan yang membariskan Nick Bendtner, Muad Carlos, Shahrul Benzema, Zuhairi Pique, Fauzan Pirlo, Daing Ramires (bekas pemain SFC FC) serta bebarapa pemain jemputan berjaya mendahului permainan dengan 3 gol walaupun permainan baru berlangsung 15 minit.
Selepas di depan dengan 3 gol, pemain SFC United beraksi hambar menyebabkan pemain Infinity mengambil peluang menjaringkan 1 gol pada lewat separuh masa pertama. Gol yang cantik dari sepakan penjaga gol terus menerjah ke gawang gol SFC United. Nyata gol itu membuatkan moral SFC United menurun menuju ke bilik persalinan.
2 minit selepas separuh masa kedua perlawanan, Infinity FC menambah jaringan apabila penyerangnya dijatuhkan di dalam kotak penalti. Pemain bernombor 32 tenang menyempurnakan sepakan mengalahkan penjaga gol SFC United yang juga bekas penjaga gol IP dalam Kastel TM. Dengan kedudukan 3-2, perlawanan sengit mula dipertontonkan kedua pasukan. Saling berbalas serangan, bersalam salaman juga aksi kejar mengejar. 12 Kad kuning telah diberikan pengadil kepada kedua pasukan dan menyebakan perlawanan terpaksa dihentikan akibat kecederaan dan lontasan suar dari penonton.
Mujur unit FRU dan UTK bergerak pantas menyelamatkan keadaan pada minit ke 76 itu, jika tidak pasti ada pemain yang terkorban. Selepas Perlawanan di sambung semula, SFC United berjaya menambah jaringan hasil tandukan Fauzan Pirlo dan SFC united memimpin perlawanan dengan kedudukan 4-2.
Namun benar kata pepatah melayu. Mudah lupa. SFC United kembali menampilkan aksi yo-yo disambil masalah kecederaan pemain. Infinity mengambil peluang menghukum kelalaian barisan pertahanan dengan dua gol pada minit 92 dan 96.
Akhirnya, perlawanan berkesudahan seri 4-4 dengan Nik Bendtner berjaya mencetak hatrik peratama pada musim 2016 ini. Perlawanan diakhiri dengan aktiviti menanam rumput di depan gawang gol masing-masing sebagai tanda cintakan keamanan.


Comentarios